Login

 

Privacy Notice


NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010

NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

The Personal Data Protection Act 2010 (the “Act”), which regulates the processing of personal data in commercial transactions, applies to SNATCH PARK BIZSOLUTIONS SDN BHD (Formerly known as Mymobility Solutions Sdn Bhd) (Co No. 201401037425 (1113570-P)) (“our ”, “us” or “we”). For the purpose of this written notice (“Notice”), the terms “ personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Act.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta” tersebut) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada SNATCH PARK BIZSOLUTIONS SDN BHD (Formerly known as Mymobility Solutions Sdn Bhd) (Co No. 201401037425 (1113570-P)) (“kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“ Notis”), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut.

Consent/ Persetujuan

1. This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf when you access our SnatchPark mobile application (“Application”) and/or website (“ Website”) and use the services available in the Application and/or Website (“Services”), and you hereby give your consent to the processing of your personal data.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami apabila anda mengakses aplikasi mudah alih (“Aplikasi”) dan/atau laman web (“ Laman Web”) SnatchPark kami dan menggunakan perkhidmatan yang tersedia di dalam Aplikasi dan/atau Laman Web (“ Perkhidmatan”), dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.

Description of personal data/ Perihalan data peribadi

2.We may collect a variety of your personal data including but not limited to your name, identity card number, home address, email address, contact numbers, credit card details, location, your photo image and all other personal data we again collect from you on any subsequent occasion.

Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat emel, nombor telefon, butir-butir kad kredit, lokasi, gambar anda dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.

Purpose / Maksud

3. Your personal data is being or is to be collected and further processed for:

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk:

(a) providing you with access to the Application, the Website and the Services;

memberi anda akses kepada Aplikasi, Laman Web and Perkhidmatan tersebut;

(b) processing, verifying and administering your account;

memproses dan mentadbir akaun anda;

(c) collect and process personal photos as part of our services, which may include user profiles or customization features;

mengumpul dan memproses gambar peribadi sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami termasuk profil pengguna atau ciri-ciri penyesuaian;

(d) verifying and carrying out financial transactions in relation to payments made by or to you and administering and processing any payments related to products and/or services available in the Application and/or the Website;

mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan berkenaan dengan bayaran yang dibuat oleh atau kepada anda dan mentadbir dan memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang terdapat di dalam Aplikasi dan/atau Laman Web;

(e) communicating with you including sending you emails containing newsletters, promotions and special offers that we believe may interest you;

berkomunikasi dengan anda termasuk menghantar emel yang mengandungi surat berita kepada anda, promosi dan tawaran istimewa yang kami percaya mungkin menarik minat anda;

(f) understanding your preferences to provide customised and personalised content or information to you through the Application and/or the Website;

memahami pilihan anda untuk memberikan kandungan dan maklumat yang disesuaikan kepada anda melalui Aplikasi dan/atau Laman Web;

(g) statistical research, data analytics, data matching, internal business and administrative purposes;

penyelidikan statistik, data analisis, pemadanan data, maksud-maksud perniagaan dalaman dan pentadbiran;

(h) operating, evaluating, enhancing and improving the Application, the Website and the Services, and troubleshoot any problems;

mengendalikan, menilai, meningkatkan dan menambahbaik Aplikasi, Laman Web dan Perkhidmatan, dan menyelesaikan masalah;

(i) law enforcement purposes, assisting investigations by police or other government or regulatory authorities and to meet requirements imposed by applicable laws and regulations or other obligations committed to government or regulatory authorities;

maksud-maksud penguatkuasaan undang-undang, membantu siasatan oleh pihak-pihak polis atau kerajaan atau pengawal selia yang lain, dan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan atau tanggungjawab lain terhadap kerajaan atau pihak-pihak pengawal selia;

(j) purposes of enforcing our legal rights and / or obtaining professional or legal advice;

maksud menguatkuasakan hak undang-undang kami dan/atau mendapatkan nasihat profesional atau undang-undang;

(k) complying with any legal or regulatory requirements and/or requests from regulatory bodies;

mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan dan/atau permintaan daripada perbadanan kawal selia;

(L) such other purposes directly related to the foregoing.

maksud-maksud lain yang berhubungan secara langsung dengan yang tersebut di atas.

(collectively, the “Purposes”).

(secara kolektif, “Maksud-maksud” tersebut).

 

Source of personal data/ Sumber data peribadi

4. Your personal data is being or is to be collected from:

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan daripada:

(a) you, when you register as a user of the Application and/or the Website, use the Application, the Website and/or the Services, communicate with us, sign-up to receive news about our products and services;

anda, apabila anda mendaftar sebagai pengguna Aplikasi dan/atau Laman Web, menggunakan Aplikasi, Laman Web dan/atau Perkhidmatan, berkomunikasi dengan kami, mendaftar untuk menerima berita mengenai produk atau perkhidmatan kami;

(b) our affiliated entities, business partners and/or other independent third party sources;

ahli gabungan kami, rakan kongsi perniagaan dan/atau sumber pihak ketiga bebas yang lain;

(c) any oral or written communications; and

maklumat dari komunikasi lisan atau bertulis; dan

(d) all other information that you may provide us from time to time.

semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari semasa ke semasa.

 

Access to, correction of and limiting the processing of personal data/ Akses kepada, pembetulan terhadap dan had pemprosesan data peribadi

5. You have the right to request access to and to request correction of your personal data and to contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data (including the possible choices and means for limiting the processing of your personal data or to cease or not begin processing your personal data for purposes of direct marketing) from:

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung) daripada:

Designation / Perjawatan: Customer Support
Telephone No./ No. Telefon: 60377341869
E-mail address/ Alamat E- hello@snatchpark.com
Address/Alamat: SNATCH PARK BIZSOLUTIONS SDN BHD

(Formerly known as Mymobility Solutions Sdn Bhd) (Co No. 201401037425 (1113570-P))

D-11-1, Block D11, Pusat Perdagangan Dana 1,
Jalan PJU 1A/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

6. Subject to provisions of the Act:

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut:

(a) you may, upon payment of a prescribed fee, make a data access request in writing to us; and

Anda boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data secara bertulis kepada kami; dan

(b) we may refuse to comply with a data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons of our refusal.

Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.

 

Withdrawal of Consent / Penarikan Balik Persetujuan

7. You have the right to withdraw your consent previously given to us (in full or in part) subject to any applicable legal restrictions, contractual conditions and a reasonable duration of time for the withdrawal of consent to be effected by providing us a notice in writing. If you withdraw your consent to any or all use of your personal data, we may not be in a position to continue to administer any contractual relationship in place, which in turn may also result in the termination of any agreements with us.

Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini (sepenuhnya atau sebahagiannya) tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontraktual dan tempoh masa yang munasabah untuk penarikan balik persetujuan tersebut dilaksanakan dengan memberikan kami suatu notis bertulis. Jika anda menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, kami mungkin tidak boleh terus mentadbir sebarang hubungan kontraktual, yang mungkin mengakibatkan penamatan mana-mana perjanjian dengan kami.

 

Disclosure of personal data/ Penzahiran data peribadi

8. We disclose or may disclose your personal data to:

Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi anda kepada:

(a) our related corporation, affiliates or subsidiaries;

syarikat bersekutu, ahli gabungan atau subsidiari kami;

(b) car park operators where you have parked your car;

pengendali tempat letak kereta di mana anda telah meletak kereta anda;

(c) any agent, contractor or third-party service provider including without limitation those who provide administration, legal, accounting, data processing, telecommunications, computer, payment, technology outsourcing, call centre services in connection with the operation of our business and the provision of services to you;

mana-mana ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga termasuk tanpa had mereka yang memberikan perkhidmatan pentadbiran, perundangan dan perakaunan, pemprosesan data, telekomunikasi, komputer, bayaran, teknologi penyumberan luar, pusat panggilan berhubung dengan operasi perniagaan kami dan penyediaan perkhidmatan kepada anda;

(d) government or regulatory bodies in any jurisdiction or any person to whom we must disclose data; and

kerajaan atau badan-badan pengawalseliaan di mana-mana bidangkuasa atau orang yang kami perlu menzahirkan data; dan

(e) any such third party requested or authorized by you for any of the above Purposes.

mana-mana pihak ketiga seperti yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Maksud-maksud yang dinyatakan di atas.

 

Third party personal data/ Data peribadi pihak ketiga

9. We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist us when required. In the event that personal data of any third party is supplied by you to us, you shall ensure that such third party has read this Notice and consented to us collecting his/her personal data for any of the Purposes prior to the supply of his/her personal data to us.

Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.

 

Obligatory personal data/ Data peribadi wajib

10. It is obligatory that you supply us with your personal data marked with an asterisk (*) in our forms (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to supply us the compulsory personal data, we may refuse to process your personal data for any of the Purposes.

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami data peribadi anda yang ditanda dengan asterisk (*) di dalam borang-borang kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut.

 

Transfer of personal data to places outside Malaysia/ Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia

11. We may transfer your personal data to a place outside Malaysia and you hereby give your consent to the transfer.

Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.

 

Accuracy of your personal data/ Ketepatan data peribadi

12. You are responsible for ensuring that the information you provide us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

 

Amendments / Pindaan

13. We may update and amend this Notice from time to time. We will notify you of any amendments to this Notice via announcements made through the Application, the Website or other appropriate means. Please check the Application and/or the Website from time to time for amendments to this Notice. Any such amendments will be effective upon notification to you. By continuing your usage of the Application, the Website, products and/or services after being notified of any amendments to this Notice, you will be considered as having agreed to such amendments.

Kami mungkin mengemas kini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu anda apa-apa pemindaan kepada Notis ini melalui pengumuman di Aplikasi, Laman Web atau cara-cara lain yang munasabah. Sila semak Aplikasi dan/atau Laman Web dari semasa ke semasa untuk pemindaan kepada Notis ini. Apa-apa pemindaan kepada Notis ini akan berkesan pada masa pemberitahuan kepada anda. Dengan meneruskan penggunaan Aplikasi, Laman Web, produk dan/atau perkhidmatan kami selepas diberitahu tentang apa-apa pindaan kepada Notis ini, anda akan dianggap sebagai bersetuju dengan pindaan tersebut.

 

Conflict/ Konflik

14. In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.